Lebih Lanjut

Tentang Kami

Kisah Kami

Berkhidmat Dari Dalam Dapur.

Pengasas Abu Catering, Encik Ahmad rajin menolong keluarganya berniaga sejak beliau masih kanak-kanak. Selepas tamat sekolah menengah, Encik Ahmad berminat untuk belajar memasak. Beliau menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan membuka sebuah restoran kecil pada tahun 1999, semasa umurnya 22 tahun. 8 tahun kemudian, barulah Encik Ahmad memulakan servis kateringnya pada tahun 2007.

Perkhidmatan katering mula berkembang pada tahun ke-10 perniagaan, pada 2017, apabila Encik Ahmad menyahut cabaran baharu memasak untuk majlis yang lebih besar iaitu majlis perkahwinan. Selepas itu, dia mendaftar dalam seminar untuk mengasah kebolehan masakannya untuk majlis yang akan datang. Beliau berkebolehan dalam gaya masakan Malaysia, Cina, Barat, dan Timur. Moto beliau ialah “Masaklah dengan ikhlas dan sepenuh hati.”

Kru Kami

Pasukan Abu Catering, sedia membantu!

Kru kami terdiri daripada sepuluh orang lelaki dan tujuh orang perempuan, sejumlah 17 orang yang bekerja di bawah Abu Catering dengan penuh dedikasi dan komited. Mereka akan diberi tugasan dan sedia menerima arahan dari Encik Ahmad sebelum, semasa, dan selepas sesebuah majlis

Polisi Perkhidmatan Katering Kami

  • Hanya mengendalikan makananan halalan tayyiban. 
  • Memastikan penyediaan makanan selamat untuk elak risiko jangkitan.
  • Memastikan tempat memasak kekal bersih dan bebas daripada sampah, haiwan perosak, kotoran, dan sisa bahan mentah.
  • Menepati masa yang dijanjikan untuk tiba di lokasi majlis berlangsung.

Nilai Teras Kami

  • Ikhlas
  • Muafakat
  • Amanah
  • Tanggungjawab
  • Efisyen

Pengasas

Kenali Pemilik Abu Catering

Ahmad Amin bin Samad, seorang tukang masak sejak 2007, memulakan perniagaannya iaitu servis makanan dan minuman dengan nama Abu Catering. Encik Ahmad memulakan perniagaan di Batu Berendam, Melaka dengan isteri sebagai pembantunya. Beliau kini berusia 45 tahun dan menyediakan perkhidmatan katering sebagai sumber pendapatan utamanya. Asal usul nama Abu dalam Abu Catering ialah ketika dia masih muda, orang sekeliling sering memanggilnya “Abu” dan sejak itu ia menjadi nama panggilan dan tanda dagangan Encik Ahmad.

Ahmad Amin

Pengasas / Tukang Masak